Monday, 16 September 2013

Aurat wanita muslimah dengan wanita bukan Islam

Assalamualaikum~ 

Hari ni nak share sikit pasal aurat wanita muslimah dengan wanita bukan Islam.*haa..kan dah tetiba jadi alim kejap. Btw,bukan apa,skarang kan aku dah start degree. Then one of my housemates tuh orang Sarawak bumiputera which is bukan Islam. Actually,aku tak pasti la sama ada kita ni dengan dia ber-aurat camne,but dulu time sekolah ustazah pernah cakap aurat perempuan bukan Islam ni sama je dengan aurat kita dengan lelaki which kena tutup semua kecuali muka dan tangan.Tapi oleh sebab ke-tidak-dalam-an aku dengan hukum-hukum ni aku just ignore je.Dulu pun aku kan sekolah perempuan.

Then,aku tengok satu insiden bila mana housemates aku yg sorang tuh balik rumah,yang lain akan berlari masuk bilik capai cardigan dgn tudung. *erkkk..kalau aku,aku rasa kecik hati weh. Bukan maksud aku nak merendahkan agama sendiri,tapi Islam tu kan mudah. Kawan aku penah bagi tau,actually tak salah kita buka aurat kita dgn dyorg sbb dia minoriti and kita majoriti. And supposedly dia ikut cara kita,bukan kita ikut cara dia.Tapi mungkin pandangan aku ni tak diterima sbb alasan tak kukuh or aku ni bukan la orang warak2 kan. *touching kejap..

So,aku tny la kawan2 aku dekat twitter apa had aurat kita dgn aurat wanita bukan Islam. Ni jawapan dia:

"Mana2 wanita Muslimah dlarang mendedahkan atau mceritakn aurat mereka kpd yg bukan mahram dan wanita bkn Islam tanpa kperluan tertentu yg mendesak.Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam
sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dr dihebahkan kpd lelaki lain.Namun harus dingat bahawa anggota zahir shj yg blh dibuka spt lengan,kaki, rambut,leher dsb.Tetapi tidak boleh membuka yang sulit2 kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah "

Sumber yang di-google oleh Amir. Thanx bro :)

Jadi,kesimpulannya takde masalah kalau kita buka tudung dalam rumah sendiri kan wahai housemates sekalian?Asalkan dia tidak menceritakan keadaan aurat kita dgn orang luar.Kena la yakin dengan ahli rumah sendiri.We're here for less or more than 5 month. Selesa ke kalau hari2 dalam keadaan camni? =.= And kalau lah kita betul Islam sejati,menjaga hati setiap orang tu pun dituntut kan? No heart feeling k :)

Wassalam~

1 comment: